Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit. Aaah..
kecantikan alam ciptaan Allah memaang tiada tolok bandingnya. Sedang aku
memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan ity.aku
duduk dan terasa kehadiranNya di sisiku. Dia bertanya kepadaku, “Adakah kamu
mencintai Aku?” Aku menjawab, “Sudah tentu! Engkaulah Penciptaku, masakan aku
tidak mencintaiMu.” Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan cacat
anggota, adakah kamu akan mencitaiKu?” Akun tergamam seketika. Aku lihat tangan,
kaki dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku
lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak kusedari kepentingannya.
Kemudian aku jawab, “Tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku akan tetap
mencintaiMu.”
Kemudian Dia bertanya lagi, “Jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan
menyayangi segala ciptaanKu?” Bagaimana mungkin bagiku untuk mencintai sesuatu
yang di dunia ini yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku berfikir...ramai orang
yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah dan segala
ciptaanNya. Lantas aku menjawab, “Amat sukar bagiku membayangkan keadaanku yang
sedemikina rupa, namun begitu aku akan tetap menyintaimu Ya Allah.” Dia bertanya
lagi, “Jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada
kata-kataKu?” Bagaimana mungkin bagiku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku
tersedar bahawa mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi
menggunakan hati. Aku jawab, “Walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku
akan tetap menyintaiMu.” Dia menyambung lagi persoalanNya, “Jika kamu
ditakdirkan bisu adakah kamu akan terus memujiKu?” Aku tertanya lagi, bagaimana
aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir kemudian yang Allah mahu kita
memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya.
Kemudian aku menjawab, “Sungguhpun aku tidak mampu untuk mambunyikan pujian
bagiMu, aku akan tetap memujiMu.” Dan...
Dia terus betanya lagi, “Adakah kamu benar-benar menyintaiKu?” dengan nada yang
tegas dan penuh keberanian. Aku jawab dengan yakin, “Ya, benar Tuhanku, aku
menyintaimu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!” Aku
fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia
terus bertanyakan lagi, “Kalau begitu kenapa kamu masih melakukan dosa?” Aku
jawab, “Kerana aku cuma manusia bisa yang selalu lalai; aku tidak sempurna...aku
bukan maksum.” “Kalau begitu, kenapa ketika kamu senang dan gembira...kamu
lupakanKu; kamu lari jauh daripadaKu? Dan kenapa ketika kamu susah dan mahukan
bantuan...kamu terus ingat kepada Aku; kamu datang dekat dan merayu kepada Aku?”
Aku tidak mampu berkata-kata. Yang kusedari...titisan panas turun membasahi
pipiku.
Dia sambung lagi, “Mengapa kamu buat begini...kadang-kadang sujud menyembahKu,
dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang
mencariKu hanya ketika kamu nengingatiKu? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang
kamu tidak setia kepadaKu?” Kurasakan titisan panas mengalir derasmembasahi
pipiku tanpa henti. “Mengapa kamu malu kepadaKu? Mengapa kamu tidak mahu
menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain
sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu? Mengapa kamu sering membuat alasan
ketika Aku memberimt peluang untuk berkhidmat di jalanKu?” Ku gagahi bibirku
untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang
bertubi-tubi diajukan kepadaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi
persoalan-persoalan tadi. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini
kelu. Otakku ligat mencari jawapan... atau alasan... namun tiada apa yang
kutemui sebagai jawapan.
Dia berkata-kata lagi... “Kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam
dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di
jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kepadamu
kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu
mempelajari atau menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu, tetapi kamu
berpaling daripada melihatnya. Aku turunkan kepada kamu pesuruhKu, tetapi kamu
tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaan
dan rayuanmu kepadaKu... dan semuanya telah Aku perkenankan dengan pelbagai
cara.” SambungNya lagi, “Kini... adakah kamu menyintaiKu?” Aku tidak mampu
menjawabnya lagi.
Bagaimana harus aku jawab persoalan ini/. Dalam tak sedar, aku malu dengan
segala apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan bagi
menyelamatkan diriku. Apa yang boleh aku jawab bagi persoalan itu? Ketika hatiku
berteriak menangis, dan bercucuran airmata mengalir turun di kedua-dua belah
pipiku, aku merintih, “Oh Tuhanku... ampunkanlah segala dosaku. Aku tidak layak
menjadi hambaMu Ya Allah...” kemudian Dia menjawab, “Sifatku
pengampun...barangsiapa yang memohon keampunan dariKu, nescaya Aku ampunkannya.
Dan Aku ampunkan kamu wahai hambaKu.” Aku bertanya kepadaNya, “Mengapa Engkau
tetap mengampunkanku sungguhpun aku melakukan kesalahan berulangkali dan memohon
ampun berulangkali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?” Dia menjawab
“Kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikanmu. Apabila
kamu menangis aku akan bersimpati kepadamu dan mendengar segala rintihanmu.
Apabila kamu melonjak kegirangan Aku akan turut gembira dengan kegembiraanmu.
Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, Aku akan memberikanmu semangat. Apabila
kamu jatuh Aku akan membangkitkanmu. Apabila kamu keletihan Aku akan membantumu.
Aku akan tetap bersama-samamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan
menyayangimu selama-lamanya.”
Seingat aku... aku tidak pernah menangis sebegini. Aku sendiri tidak mengerti
kenapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku
selama ini. Dan..buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat
dalam ertikata yang sebenar. Wa’allahualam...